

KAMPUNG IDAMAN
SEKOLAH KEBANGSAAN

SEK KEBANGSAAN KAMPUNG IDAMAN, JALAN IDAMAN 17, KAMPUNG IDAMAN 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
TEL : 03 - 3168 1569
FAX : 03 - 3165 0350
Email : bba0031_skidaman@yahoo.com

Sekapur Sirih, Sekacip Pinang
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kurnia serta rahmatNya kepada kita, maka kita dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.
Guru-guru,kakitangan dan pelajar-pelajar sekalian,
Sebagai seorang pendidik amanah yang dipertanggungjawabkan amatlah berat. Jika perkara yang baik dilakukan , pujian akan diberi dan begitulah sebaliknya. Setiap masa semua
pihak memerhatikan kita sebagi seorang pendidik. Maka kita perlu berusaha untuk memajukan diri dan sekolah malah tidak menjadikan perkara ini sebagai alasanSaya selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman berterima kasih dan terhutang budi kepada semua GPK yang merupakan nadi penggerak kecermelangan akademik dan sukan, semua guru yang berdedikasi, kakitangan yang cekap dan cemerlang serta para pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
Kita boleh berbangga dengan kejayaan yang ada tetapi kita tidak boleh lupa dengan tanggungjawab kita seterusnya. Dunia akan melangkah ke alaf baru, abad 21. Kita harus menyediakan anak-anak kita dengan cabaran-cabaran yang bakal ditempuh. Anak-anak kita harus mempunyai pegangan agama yang teguh dengan itu mereka akan merupakan insan yang tahan cabaran, berdaya juang, berdaya saing, merdeka minda, celik sains dan teknologi serta celik IT.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang diPertua PIBG dan anggota jawatankuasanya yang sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada program-program sekolah. Dan juga tidak lupa kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu dan kerjasama yang erat dalam membawa sekolah ini ke arah kecemerlangan
Sejarah SK Kampung Idaman
13 Mac 1995 bersamaan hari Isnin merupakan hari pertama persekolahan. Tuan Hj.Hashim b Salleh yang merupakan Pegawai PPD (Rendah) Klang telah melawat dan memberikan ucapan semasa perhimpunan pagi. Di awal persekolahanhanya 5 buah kelas dibuka dengan murid seramai 273 orang yang mendaftar. KPP Kurikulum JPNS iaitu Tuan Hj.Shaari b Abdullah telah datang melawat dan meninjau kawasan sekolah. Hari ketiga, seramai 20 orang murid mendaftar masuk dan bilangan murid bertambah menjadi 317 orang. Minggu kedua persekolahan, bilangan murid telah bertambah menjadi 326 orang murid. Jumlah guru hanya seramai 10 orang di awal persekolahan tetapi kemasukan guru-guru baru berpindah bertambah dari masa kesemasa dan pada akhir tahun 1995, bilangan guru bertambah menjadi 20 orang guru. Setiap tahun, bilangan murid SK Kg Idaman menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sehingga tahun 2010, bilangan murid telah mencapai 1000 orang murid. Begitu juga dengan guru yang silih berganti berkhidmat di SK Kg Idaman yang sentiasa mempunyai guru-guru baru.
Sehingga Jun 2010, bilangn guru di SK Kg Idaman seramai 61 orang dan kakitangan sekolah seramai 7 orang.
Latar Belakang SK Kampung Idaman
Sekolah Kebangsaan Kampung Idaman bermula pada tahun 1995 di bawah pentadbiran Guru Besar En. Nor Hamdan bin Bahrin. Murid-muridnya terdiri daripada daripada 97% Melayu dan 3% India.